• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Didakwa Lupus Harta Syarikat

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal produk akuakultur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melupuskan sebahagian besar harta syarikat bernilai RM800,000 tanpa kebenaran syarikat.

Wilfred Lee Vui Ming, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.

Mengikut kertas pertuduhan, Wilfred iaitu pengarah Syarikat Darvel Bay Hybrid Aquaculture Sdn Bhd yang berdaftar di Tingkat 3, Wisma Gek Poh, No. 18 Jalan Haji Saman di Kota Kinabalu tanpa kebenaran atau kelulusan syarikat telah memberi kesan kepada transaksi pelupusan harta syarikat melibatkan Breeding Division Fixed Assets & Brood Stock dan Live Fishstock in Sea Cages masing-masing bernilai RM450,000 dan RM350,000, pada 6 April 2015.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 132 (1) (b) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Najia Abdul Razak menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Philip Lee merayu jumlah jaminan dikurangkan kepada RM1,000 dengan alasan anak guamnya tidak akan melarikan diri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 28 Feb ini untuk pengurusan kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahPengarah Urusan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd