• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Anggota ‘Pemuda Panca Marga’ Diberkas

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah menahan 15 individu disyaki anggota sebuah pertubuhan dikenali sebagai ‘Pemuda Panca Marga’ menerusi serbuan di sebuah rumah di Kampung Tas, Anderasi, Tawau, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi Bernama berkata mereka yang ditahan pada kira-kira 4 petang itu terdiri daripada tujuh wanita dan lapan lelaki berumur antara 13 dan 60 tahun.

“Ketika ditahan, 11 daripadanya memakai pakaian celoreng. Bagaimanapun pihak polis tidak menemukan sebarang senjata ketika serbuan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan Pemuda Panca Marga ini ditubuhkan pada 1966 dan berpangkalan di Selatan Sulawesi, Indonesia.

Siasatan awal mendapati kumpulan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pesara polis dan tentera serta pekerja Indonesia yang bekerja di Sabah.

Ramli berkata siasatan awal juga mendapati individu yang ingin menganggotai kumpulan itu dikehendaki membayar sejumlah yuran tertentu.

“Kita juga mendapati ada anggota kumpulan ini mendakwa ditipu dengan dijanjikan kononnya dengan menyertai kumpulan itu, mereka akan mendapat imuniti daripada undang-undang negara ini (Malaysia),” katanya.

Pihaknya juga masih menyiasat untuk mengenal pasti siapa ketua kumpulan ini.

Katanya selain disiasat mengikut Akta Pertubuhan, kumpulan ini juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd