• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Ikut Jejak PH Umum Calon PM

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS tidak akan mengikut jejak Pakatan Harapan yang menamakan calon Perdana Menteri lebih awal.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata parti itu mengambil pendekatan untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terlebih dahulu sebelum mengumumkan calon perdana menteri pilihannya.

Beliau turut menempelak Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seakan-akan cuba memaksa PAS menamakan calon perdana menteri lebih awal seperti yang dilakukan pakatan pembangkang itu.

“PAS sudah kira-kira 67 tahun menjadi parti pembangkang, bukan seperti dia (Dr. Mahathir) yang baharu sehari dua keluar UMNO kerana tidak mendapat apa yang dia nak. Dia jadi pembangkang bukan atas prinsip atau perjuangan tetapi atas sebab kepentingan peribadi.

“Sekarang beliau cuba paksa PAS untuk umum calon perdana menteri, menang dahulu baru kami umum calon. Ini belum apa-apa dah gaduh, umpama ikan belum beli tetapi sudah bergaduh hendak masak gulai atau tempoyak,” katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Fastaqim 2.4 parti itu di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi; bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kira-kira 1,000 anggota parti itu.

Selasa lalu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia mencabar PAS menamakan calon perdana menteri mereka sebelum PRU14.

Bekas perdana menteri itu dilaporkan membuat cabaran tersebut ketika menjawab ura-ura PAS dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk satu ‘pakatan sulit’ di Kelantan untuk memudahkan kemenangan PAS pada pilihan raya nanti.

Sebelum ini, Pakatan Harapan mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Dalam ucapannya, Idris turut menyindir tindakan Pakatan Harapan memilih Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri sedangkan sebelum ini gabungan pembangkang itu pernah menuntut supaya bekas perdana menteri itu berundur ketika krisis melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dulu ketika pemerintahan Dr. Mahathir, mereka (DAP dan PKR) laung ‘mahazalim’, undur Mahathir, undur Mahathir, reformasi, reformasi, sekarang bila dia (Mahathir) dah berundur, DAP dan PKR pula yang naikkan dia balik,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd