• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 300 Penduduk Di Kluang Dipindahkan

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kawasan terjejas ialah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air, kesemuanya di Simpang Renggam.

“Setakat ini, seramai 179 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Chokro; 127 mangsa daripada 32 keluarga di Masjid As-Sobirin, Kampung Shaari dan 42 mangsa daripada sembilan keluarga di Dewan Kampung Kolam Air,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga pusat pemindahan itu dibuka secara berperingkat bermula 9 malam tadi hingga 1 pagi ini.

Berdasarkan pemantauan, air Sungai Kampung Chokro yang didapati melimpah dan memasuki rumah penduduk sebelum ini, sudah pun semakin surut setakat 8 pagi ini.

Bagaimanapun, paras air di Sungai Benut pula telah melebihi aras berbahaya, tambahnya. – BERNAMA

Tags: BanjirJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

03/06/2026
0

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan "berkawan semula" dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam...

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor –  Syahir Sulaiman

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor – Syahir Sulaiman

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri disaran tidak berkampung di Johor sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd