• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Jepun Latih Bakat Muda Singapura

oleh
09/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) pada Rabu mengumumkan bahawa salah seorang jurulatih dari Jepun, Takuya Inoue mengesahkan bakal menyertai Akademi Bolasepak Kebangsaan (NFA) di republik tersebut.

Kontrak dengan akademi elit milik FAS itu adalah bagi tempoh selama setahun dan akan dimeterai dalam masa terdekat, namun akhbar-akhbar tempatan pada Khamis pula melaporkan ikatan tersebut sudah bermula secara rasmi 14 Januari.

Takuya sebelum ini adalah penolong jurulatih pasukan Omiya Ardijia dari Liga Bolasepak Profesional Jepun atau J.League serta memiliki pengalaman luas dalam melatih ramai pemain remaja Jepun pada peringkat umur 12, 14, 15 dan 18 tahun.

Di negara Matahari Terbit itu, Inoue yang kini berusia 47 tahun pernah melatih kelab United Ichihara Chiba dan Brummel Sendai malah menjadi pilihan banyak pasukan kerana beliau mempunyai lesen kelas A dari Persatuan Bola Sepak Jepun.

Latar belakang pendidikan Inoue juga amat cemerlang kerana beliau pernah melanjutkan pengajian peringkat tinggi di Universiti Sukan Jerman di Cologne serta Kolej Pendidikan Jasmani Jepun di Universiti Sains Sukan dan Kesihatan Osaka.

FAS dalam kenyataan media berkata, tugas besar beliau di NFA ialah menyiapkan pasukan kebangsaan bawah 18 tahun untuk menghadapi beberapa kejohanan peringkat serantau dan kontrak beliau boleh diperbaharui jika prestasi baik.

Salah satu matlamat utama Inoue ialah untuk mengenal pasti pemain muda yang berpotensi mengembangkan lagi bakat di luar negara kerana remaja Singapura sebaik berumur 18 tahun wajib menyertai Khidmat Negara selama dua tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bola sepakjepunjurulatihSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd