• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Di Sabah

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di Sabah bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana (M40) mampu memiliki kediaman sendiri, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.

Katanya, rakyat perlu mengambil peluang tersebut dengan mengambil tahu setiap program hari terbuka bagi acara jualan rumah seperti dianjurkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bagi membolehkan mereka mengetahui syarat-syarat kelayakan sekali gus mendaftar dan membeli rumah sendiri.

“Harga rumah ditawarkan PR1MA adalah lebih bagus dan lebih rendah antara 10 hingga 15 peratus berbanding perumahan dibina oleh pihak swasta.

“Ini kerana, PR1MA adalah satu program kerajaan dalam usaha membantu rakyat memiliki rumah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau program Hari Terbuka PR1MA, di sini hari ini.

Acara berakhir esok itu berlangsung di The Klagan Regency 1Borneo Hypermall dengan menampilkan pembangunan perumahan baharu PR1MA @ Menggatal, dan rakyat Sabah terutama golongan M40 yang ingin memiliki rumah dialu-alukan untuk menghadiri program itu dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Hajiji berkata projek perumahan PR1MA @ Menggatal yang berkonsepkan gaya hidup dan komuniti itu menawarkan sebanyak 1,200 unit serta dijual pada harga antara RM243,000 hingga RM300,000 dengan keluasan masing-masing 850 hingga 1,000 kaki persegi.

Beliau berkata projek itu akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, PR1MA, dalam kenyataan, berkata, Hari Terbuka PR1MA itu berfungsi sebagai pusat sehenti bagi memudahkan pembeli rumah berpotensi mengumpul semua maklumat berhubung rumah PR1MA menerusi bantuan kakitangan PR1MA, wakil daripada institusi kewangan serta agensi berkaitan yang bertugas.

PR1MA berkata PR1MA @ Menggatal yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kamera litar tertutup, dewan serbaguna, nurseri dan surau itu merupakan antara projek perumahan di Sabah yang akan dijual pada suku pertama tahun ini.

Projek lain yang akan dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini ialah PR1MA @ Borneo Cove (999 unit); PR1MA @ Kota Marudu (360); PR1MA @ Ranggu (1,300); PR1MA @ Kinarut Selatan (502); PR1MA @ Pusat Bandar Sandakan (750) dan 360 unit di PR1MA @ Kota Marudu 2.

“Lebih 5,000 unit dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM1.25 bilion akan dijual pada suku pertama 2018 kepada masyarakat M40 di Sabah yang berminat memiliki rumah berkualiti yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sesuai dengan gaya hidup mereka,” kata PR1MA. – BERNAMA

Tags: rumah mampu milikSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, menjemput Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd