• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ambil Berat Mengenai Masyarakat Siam

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil berat mengenai masyarakat Siam di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata ini terbukti apabila Najib meluluskan sebuah pembinaan dewan serbaguna kepada masyarakat itu di jajahan ini selepas mereka memberikan sokongan padu kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 2014.

“Perdana menteri gembira dengan sokongan masyarakat Siam (kepada kerajaan persekutuan) bukan sahaja di Kelantan dan Terengganu, malah di Kedah, Perlis dan negeri-negeri lain (yang mempunyai komuniti tersebut).

“Masyarakat Siam cukup bagus, taat dan setia…kita bertuah kerana masyarakat Siam pandai bersyukur, sebab itu perdana menteri sayang kepada komuniti ini,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Sawaddee Perdana Menteri 2018 di perkarangan Wat Sukhomtharam, Kampung Kubang Panjang di sini, malam ini.

Pada karnival berkenaan, seramai 120 penerima daripada masyarakat tersebut menerima sumbangan berupa kit makanan yang disumbangkan perdana menteri.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata negeri ini akan mengalami lebih banyak perubahan positif jika rakyat memberi kepercayaan kepada BN untuk kembali mentadbir.

“Insya-Allah, kalau kita menang, banyak lagi faedah yang kita boleh buat (untuk pembangunan Kelantan). Kita tak pernah ada perdana menteri yang rapat dengan Kelantan (selama ini), maka kita kena balas balik (budi perdana menteri) iaitu dengan mengundi BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib

PH Tersalah Main Naratif, PRN Johor Tiada Kaitan Pembebasan Najib

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naratif Pakatan Harapan (PH) bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai kaitan...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd