• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Temuduga, Belum Lagi Tauliah – Shamsul Ghau Ghau

oleh
21/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH dunia hiburan tanah air apabila sebuah portal tempatan melaporkan pelawak Shamsul Ghau Ghau sudah bergelar penceramah bertauliah untuk tajuk berita disiarkannya pada Jumaat.

Bagaimanapun jika diteliti isi kandungan berita tersebut langsung tidak dinyatakan perkara berkenaan sebaliknya hanya menyatakan beliau baru lulus temuduga dengan panel Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Rabu lalu.

Menjelaskan perkara sebenar, Shamsul atau nama sebenarnya S. Hamsul Azahar Aliddin berkata, beliau perlu lagi melepasi beberapa proses ujian sebelum layak menerima tauliah secara rasmi dan mengajar di seluruh Selangor.

“Belum dapat tauliah lagi, baru sahaja masuk temuduga, Insya Allah, pada Februari depan jika tiada masalah baru tahu sama ada lulus atau tidak. Itupun saya pun hanya mohon tauliah untuk mengajar al-Quran sahaja,” jelasnya.

Shamsul, 50, yang mesra disapa sebagai Pak Su mendedahkan perkara tersebut ketika ditemubual sebagai tetamu menerusi slot mingguan Hijrah disiarkan stesen radio Nasional FM di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Mungkin juga saya menyampaikan ceramah agama atau memberi motivasi secara tidak langsung tetapi Pak Su lebih kepada mengajar al-Quran termasuk membaca dengan tajwid dan sebutan yang betul,” kata beliau lagi.

Mengakui masih berasa malu apabila ada yang mula memanggilnya sebagai ustaz, Shamsul berkata beliau tidak pernah terlintas di fikirannya sebelum ini untuk menjadi seorang guru agama ketika aktif sebagai pelakon.

“Sejujurnya saya tak pernah mimpi atau terfikir pun hendak menjadi seorang guru dan agak malu apabila ada yang memanggil saya dengan gelaran ustaz. Saya segan sebab belum capai lagi tahap tersebut,” katanya kepada portal itu.

Shamsul turut bergiat aktif sebagai penceramah motivasi di masjid dan sekolah namun mengakui sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sijil keayakan sebagai pendakwah kerana banyak proses dan ujian yang perlu dilalui.

“Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan selepas ini saya boleh berkongsi lebih banyak ilmu agama dengan masyarakat,” kata beliau yang pernah menjadi penyampai stesen radio KLFM dan pengacara di TV AlHijrah.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pihak produksi yang menyangka bahawa beliau sudah bersara dan enggan berlakon. Shamsul turut bergelar mutawwif bagi membawa rombongan jemaah ibadah umrah ke Tanah Suci.

“Industri seni merupakan sumber pendapatan saya dan saya tak boleh berhenti menjadi seorang artis. Insya-Allah kalau ada tawaran bersesuaian, saya tidak menolak,” katanya dipetik portal itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Shamsul Ghau Ghau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat Berdakwah

25/05/2016
0

SUNGAI BULOH - “Saya khatam al-Quran semasa berumur 12 tahun tetapi tidak mampu membaca depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama...

Berkat Doa Ibu, Shamsul Ghau Ghau Berubah Ke Arah Lebih Baik

23/08/2015
0

BETULLAH kata pepatah, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Maka, setiap doa yang dititipkan seorang wanita bergelar ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd