• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Antara Tonggak Dasar Luar Baharu Jepun

oleh AK-47
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia, bersama-sama negara lain dalam rantau Asia Tenggara, menjadi tonggak kepada dasar luar baharu Jepun yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah dan Afrika menerusi rantau Indo-Pasifik yang terbuka dan bebas, kata pembantu Perdana Menteri, Shinzo Abe pada Jumaat.

Katsuyuki Kawai, yang merupakan Penasihat Khas bagi Hal Ehwal Luar kepada Abe dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal, berkata selain negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, Australia dan India juga bakal menjadi “teras” dalam strategi itu yang dijangka mempromosi kestabilan dan kemakmuran di rantau ini secara keseluruhan.

Strategi Indo-Pasifik yang Terbuka dan Bebas itu masih menerima idea serta cadangan baharu yang boleh menjadikan ia lebih menarik dan bermanfaat bagi setiap negara di rantau tersebut, kata Kawai.

“Saya akan pulang ke Tokyo pada pagi Sabtu dan bertemu Encik Abe untuk melaporkan reaksi konstruktif serta positif dari Malaysia. Saya harap mulai saat ini, (hubungan) kerajaan dengan kerajaan akan mendorong dan mempromosi pengwujudan strategi baharu ini,” katanya kepada BERNAMA ketika mengunjungi ibu pejabat Agensi Berita Nasional Malaysia itu pada Jumaat.

Strategi itu terdiri daripada tiga tunggak – promosi dan penubuhan peraturan undang-undang serta kebebasan navigasi; usaha mencapai kemakmuran ekonomi dengan meningkatkan kesalinghubungan; dan komitmen ke arah keamanan serta kestabilan – telah diperkenalkan oleh Abe pada Ogos 2016.

Kunjungan Kawai ke Bernama adalah sebahagian daripada lawatan tiga hari beliau ke Malaysia, yang bermula pada Khamis.

Delegasi enam anggota beliau, yang membabitkan Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa dan pegawai kedutaan lain, mengadakan pertemuan selama sejam dengan pihak pengurusan tertinggi agensi berita itu.

Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang dalam pertemuan itu mencadangkan penganjuran satu seminar bagi mempromosi polisi baharu tersebut di Malaysia, dengan kerjasama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Cadangan ini disambut baik oleh Kawai.

Turut hadir bagi pihak Bernama ialah Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abd Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Antarabangsa) Ahmad Zukiman Mohd Zain.

Kawai dijadual bertemu Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ISIS Tan Sri Rastam Mohd Isa selepas itu pada hari sama.

Malaysia dan Jepun meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: jepunShinzo Abe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd