• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

oleh AK-47
18/01/2018
dalam VVANITA.MY
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.

Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen,“Jenama fesyen terbaru akan datang.”

Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.

Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.

Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.

“Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalui pengalaman dilayan dengan buruk buat pertama kali dalam hidup saya,” katanya kepada pengacara Piers Morgan di dalam rancangan Good Morning Britain.

“Apabila seorang pegawai membuka pasport saya dan melihat nama yang tertera ialah ‘Lindsay Lohan’, dia serta-merta minta maaf sebelum menyuruh saya membuka hujab yang dipakai.”

Bekas pelakon kanak-kanak yang popular dengan filem The Parent Trap itu sememangnya hidup dibelenggu kontroversi sejak remaja lagi oleh kerana gaya hidupnya yang liar.

Namun sejak tahun lalu, Lohan dilihat semakin matang dan mengakui dia mula mengenali agama Islam, selain selalu memuat naik hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w di laman Instagram miliknya.-VVANITA.MY

Tags: antarabangsalindsay lohanvvanita.my
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

04/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama serantau apabila berjaya menarik minat lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd