• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Tolak GST Dahulu, Beri Peluang Untuk Lihat Manfaatnya

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April ini merupakan langkah progresif dalam membantu peniaga menyelaras kos pengeluaran mereka, kata Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Puncak Alam Mejar (B) Zulkiflee Abdul Latiff.

Beliau berkata pelaksanaan cukai itu mampu memberi kelegaan kepada peniaga kerana aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan kos seminimum mungkin.

“Kami kumpulan penjaja dan peniaga kecil di sini menyambut baik pelaksanaan GST…banyak kelebihan pelaksanaannya dan yang pastinya kita tahu cukai itu jelas serta peniaga lebih bertanggungjawab terhadap barang dan perkhidmatan yang mereka jual kepada pengguna,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zulkiflee berkata rakyat juga perlu memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan sistem percukaian itu bagi mengetahui keberkesanan serta kelemahannya.

“Jangan tolak (GST) dahulu, jangan bising dahulu…bagi peluang kerajaan laksanakan cukai tersebut, kalau tidak dimulakan macam mana nak tahu apa yang
kurang apa yang lebih…kalau ada yang kurang selepas ini, minta kerajaan lakukan penambahbaikan.

“Cukai ini merupakan sistem cukai terbaik…banyak negara maju dah pun mulakan sistem ini, jadi tak salah kita mulakan (GST),” kata Zulkiflee.

GST sebanyak enam peratus diperkenalkan mulai April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan berjumlah 16 peratus.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mahukan pelaksanaan GST tetap pada 1 April bagi membantu kerajaan mengenal pasti kelemahan, sekali gus dapat mengatasi masalah berbangkit pada masa depan.

“Jangan bagi peluang kepada peniaga, pengelak cukai tegar untuk ambil kesempatan…kalau kita tangguh lagi, nanti banyak masalah,” kata Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow ketika dihubungi.

Beliau berkata selain itu sesi penerangan terhadap cukai berkenaan perlu diadakan secara berterusan untuk memberi pemahaman menyeluruh kepada rakyat dan pihak terlibat supaya fakta berhubung GST tidak mudah diputar belit pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam Pulau Pinang, Mat Jamil Saad berkata walaupun penjaja pasar malam tidak dikenakan GST, pihaknya menyambut baik sistem percukaian itu dan menganggap ia lebih sistematik dan efisien.

Beliau berkata usaha untuk memperkenalkan GST adalah tepat seiring dengan hasrat Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sofri Yahya turut bersetuju GST dilaksanakan pada 1 April ini dan berpendapat lebih banyak kerugian yang akan dialami sekiranya kerajaan menangguhkan pelaksanaannya.

Beliau berkata selain usaha kerajaan mendidik dan memberi pemahaman GST kepada orang ramai, mereka juga perlu memastikan semua agensi meningkatkan kepakaran mereka supaya cukai baharu itu dapat memberi gambaran positif kepada rakyat.

Di KOTA BHARU, Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan Isamudin Zakaria berkata masih ramai usahawan Bumiputera tidak komited dengan pelaksanaan GST berikutan ada yang masih gagal mendaftarkan syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Ia mungkin kerana ada usahawan Bumiputera yang ‘termakan’ hasutan segelintir pihak yang selama ini membuat tuduhan liar mengatakan bahawa GST hanya membebankan peniaga,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas tindakan segelintir pihak yang cuba mempengaruhi usahawan untuk menolak GST walaupun hasrat kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai itu untuk disalurkan kembali kepada rakyat.

Isamudin berkata ramai usahawan masih tidak memahami manfaat sebenar GST kepada pembangunan negara kerana kebanyakan mereka tidak menghadiri program penerangan percuma yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan sebelum ini.

“Penerimaan mereka masih lagi rendah dan usahawan lebih bersikap mementingkan diri sendiri daripada memikirkan manfaat jangka panjang kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon agar kerajaan memberi kelonggaran kepada usahawan yang terjejas banjir di Kelantan untuk tidak dikenakan GST dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan supaya peniaga dapat menstabilkan kembali perniagaan mereka.

Sementara itu Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) Mohamad Zaidan Abdul Rahim mengingatkan semua akan cubaan pihak seperti pembangkang yang cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan memutar belit fakta sebenar mengenai kesan positif pelaksanaan GST.

“Rakyat sendiri kena kaji hasil yang akan diterima mereka selepas pelaksanaan GST dan bukan menelan bulat-bulat tuduhan liar dilontarkan pihak tertentu tanpa bersandar kepada fakta sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd