• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terharu Sambutan ‘Luar Biasa’ Penduduk Penampang

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dengan sambutan yang dianggap ‘luar biasa’ daripada penduduk Penampang terhadap kunjungannya ke Pasar Donggongon di sini hari ini.

Meskipun Penampang bukan kawasan Parlimen yang diterajui Barisan Nasional (BN), namun kehadiran kira-kira 5,000 penduduk daerah itu ketika kunjungannya nyata menggembirakan pemimpin Nombor Satu negara itu.

Najib, yang mengenakan tanjak masyarakat Kadazan dikenali sebagai ‘sigah’, tiba di perkarangan pasar pada jam 4 petang disambut oleh peniaga dan penjual yang berpusu-pusu mencari peluang untuk merakamkan gambar Perdana Menteri.

Malah, ada yang terpaksa berswafoto ketika Najib beramah mesra dengan peniaga, semata-mata mahu pemimpin itu kelihatan dalam gambar peribadi mereka.

“Terima kasih kepada PM kita yang berbesar hati sudi datang ke tapak tamu (pasar) Donggongon dan sudi melihat kami berniaga di sini,” kata penjual tembakau Juita Jamal, 27.

Asila Gomoru, 58, yang menjual anyaman bakul, melahirkan perasaan bangga di atas kesudian Najib untuk melawat pasar itu.

“Saya bangga PM dapat datang untuk melawat kami peniaga di sini dan dapatlah beliau melihat keadaan kami di sini,” katanya.

Prihatin dengan keadaan peniaga dan pembeli di pasar itu, Najib mengumumkan peruntukan RM8.5 juta bagi menaik taraf pasar berkenaan.

Selepas melawat gerai di pasar itu, beliau turut menjamah buah-buahan tempatan di pasar berkenaan yang turut disertai Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau dihidangkan minuman jus kelapa sebelum menjamah buah-buahan seperti ‘tarap’, durian dan manggis.

Beliau sempat memberi tanda bagus kepada jurugambar yang merakamkan lawatannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd