• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Umum RM8.5 Juta Naik Taraf Pasar Donggongon

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM8.5 juta bagi menaik taraf Pasar Donggongon di sini.

Ketika berucap selepas membuat tinjauan mesra di pasar itu, beliau berkata usaha menaik taraf pasar itu akan memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga di pasar itu dan juga pembeli.

“Meskipun (kerusi Parlimen) Penampang belum dimenangi Barisan Nasional (BN), tetapi kerajaan BN tidak pernah ketepikan rakyat di sini.

Saya turun untuk membuat tinjauan mesra di Penampang disebabkan kerajaan BN sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan semua rakyat,” katanya.

Najib juga berkata jika rakyat di Sabah terus memberi mandat kepada BN untuk menerajui kerajaan, BN akan membawa lebih banyak kemajuan kepada negeri ini.

Perkara itu akan dimantapkan lagi dengan hubungan erat sedia ada di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, katanya.

“Tahun demi tahun, kita telah melalui keadaan politik yang stabil dan dipacu dengan kemajuan negara yang pesat.

Untuk Sabah, kerajaan BN pimpinan saya telah meluluskan berbilion ringgit untuk pembangunan Sabah,” katanya.

Najib juga memohon sokongan rakyat bagi membantu kerajaan mencapai aspirasi negara menjadi antara negara termaju di dunia menjelang 2050. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd