• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Comel Pipi Merah, Hadiah Istimewa Siti Khas Buat Anak

oleh
18/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIJANGKA bakal menerima kehadiran orang baharu pada Mac depan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin merakamkan sebuah single khas buat cahaya mata sulungya itu.

Single yang berjudul, Comel Pipi Merah itu merupakan lagu ciptaan Siti sendiri manakala liriknya pula mendapat sentuhan kretif penulisan, Rozisangdewi.

Menurut Siti, lagu berkenaan dikatakan sangat istimewa kerana ia mengandungi elemen yang membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanaknya.

“Dalam melodi lagu ini, Siti ada selitkan bunyi seperti seseorang sedang mengagah bayi. Siti ingat lagi ketika kecil dulu, arwah abah suka buat begitu pada anak-anak kecil dan juga cucu-cucunya.

“Siti turut menggabungkan karya ini dengan lagu rakyat, Can Mali Can, tetapi Siti tukar pantunnya mengikut kesesuaian lagu. Siti buat begini supaya ia mudah diingati mereka yang dengar,” katanya dipetik BH Online.

Sesuai dengan ‘mood’ ceria lagu berkenaan, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu turut mengundang dua anak saudaranya, Siti Nurun Marsitah Mohd. Ghazali dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri untuk bersama mengiringi nyanyiannya.

Baca: Hadiah Buat Anak, Siti Nurhaliza Cipta Lagu

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pengalaman berada di studio ketika diri sedang sarat, Siti memanjatkan kesyukuran keranasegala urusan rakaman berjalan dengan lancar.

“Terasa juga sedikit semput, maklum sajalah usia kandungan Siti pun sudah lebih tujuh bulan.

“Ingatkan, proses rakamannya akan mengambil masa hingga empat jam, tetapi alhamdulillah semuanya selesai dalam tempoh sejam saja,” kongsinya. – MYNEWSHUB.CC/AM 

Tags: Datuk Seri Siti NurhalizaDatuk Siti Nurhalizasiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd