• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laos Mohon Dataran Kendi Jadi Warisan Dunia

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE – Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah mengadakan mesyuarat kebangsaan di ibu negara pada Rabu bagi membincangkan pelan induk pengurusan warisan dunia ‘Plain of Jars’, atau dataran kendi, dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk pencalonan lanskap arkeologi megalitik itu bagi status warisan dunia UNESCO.

Agensi berita rasmi Laos (KPL) melaporkan dokumen dan pelan induk itu dijangka dikemukakan kepada Jawatankuasa Warisan Dunia untuk menimbangkan Plain of Jars sebagai satu warisan dunia UNESCO yang baharu pada tahun ini.

“Kerajaan dan UNESCO telah mengutamakan pencalonan Plain of Jars sebagai satu warisan dunia sejak 1998.

“Kedua-dua pihak telah mengumpul data, membincangkan dan merancang perlindungan mampan tapak warisan ini bagi memastikan tarikan pelancongan ini akan memanfaatkan industri pelancongan Laos,” kata Menteri Penerangan, kebudayaan dan Pelancongan Bosengkham Vongdara.

Sejak 2015, kementerian itu telah, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, menyenaraikan 11 tapak dataran kendi di Xieng Khuang untuk permohonan status warisan dunia, merumuskan pelan kawasan pemuliharaan dan perlindungan serta peraturan pengurusan bagi pihak berkuasa wilayah, daerah dan kampung.

Pengerusi mesyuarat itu meminta sektor-sektor yang relevan untuk membincangkan pelan induk dan dokumen berkaitan serta memastikan kesemuanya lengkap sebelum diserah kepada Jawatankuasa Warisan Dunia untuk pertimbangan.

“Kami bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada UNESCO bagi mendapatkkan status warisan dunia untuk Plain of Jars tahun ini supaya ia menjadi warisan dunia yang ketiga Laos, dan kami akan melakukan perkara yang sama untuk Hin Nam No di Khammouane tahun depan.

“Semua ini bertujuan untuk memenuhi pelan strategik Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan 2016-2020,” kata ketua Pengarah Jabatan Warisan Dunia, Khambay Phothisane.

Plain of Jars yang terletak di utara Laos merupakan lokasi kepada misteri alam berusia 2,000 tahun.

Ia merupakan sekumpulan padang dipenuhi ribuan kendi diperbuat daripada batu ribuan tahun yang lalu. – BERNAMA

Tags: 'Plain Of Jars'Laos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

12/06/2025
0

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah ganja. Pemangku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd