• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi Maut: 31 Individu Beri Keterangan, Jadi Kes Bunuh

oleh
19/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan 31 individu berhubung kejadian seorang remaja maut ditimpa kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata mereka membabitkan saksi dan penghuni di PPR berkenaan.

Katanya, Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Kuala Lumpur sudah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada kerusi yang dicampak itu dan daripada 31 saksi terbabit bagi tujuan analisis.

“Belum ada tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan semula daripada 304A kerana mendatangkan kematian secara cuai kepada 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan kes.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Firdaus Sharil di talian 012-3388164 atau 03-90516222 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Tonny Lunggan di talian 014-6225262.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin, S Sathiwaran,15, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya, maut akibat dihempap sebuah kerusi yang dicampak dari tingkat atas Blok 102 PPR Sri Pantai.

Ketika kejadian, mangsa berjalan bersama ibunya, M S Kasthuribai, 45, untuk pulang ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit.

Sebelum kejadian, anak bongsu dua beradik itu mengunjungi kedai runcit di bawah blok berkenaan sebelum kepalanya terkena sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari atas sebaik mangsa menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tetapi Mazlan memaklumkan laporan bedah siasat belum diterima. – Berita Harian

Tags: kerusiPPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd