• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pantas Pekerja Selamatkan Stesen Minyak

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Tindakan pantas pekerja memadam api di sebuah pam telah menyelamatkan sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan di sini daripada terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Kebakaran dipercayai berpunca selepas dua lelaki bermotosikal bertindak melontar bom petrol ke sebuah pam di stesen minyak tersebut sebelum melarikan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 12.07 malam sebelum sepasukan 11 anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS daripada Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak menggunakan dua unit tabung alat pemadam api (APA) mudah alih jenis debu kering. Kejadian tersebut mengakibatkan pam minyak tersebut rosak kira-kira 10 peratus.

Mengikut maklumat daripada pekerja dan pengurus stesen minyak tersebut ada dua orang yang tidak dikenali telah melontar bom petrol ke pam minyak berkenaan sebelum melarikan diri menggunakan motosikal,” kata jurucakap itu di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba kemudiannya membuat pemantauan memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran sebelum operasi ditamatkan selepas keadaan terkawal. – BERNAMA

Tags: kebakaranstesen minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd