• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Sah Tiada Masalah Kesihatan Mental – Doktor

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Presiden Donald Trump disahkan tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental dan dijangka kekal cergas sepanjang tempoh pentadbirannya.

Kenyataan berkenaan adalah laporan pemeriksaan perubatan pertamanya sejak dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun lalu.

Dr. Ronny Jackson dalam sesi taklimat media berhubung pengumuman laporan tersebut malah berkata, kesihatan presiden berusia 71 tahun itu amat memuaskan.

“Semua data menunjukkan beliau sihat dan akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbirannya. Trump mempunyai gen hebat dan Tuhan menjadikan beliau begitu,” katanya.

Jackson berkata, Trump yang baru-baru ini berhadapan spekulasi mengenai kecergasan mentalnya, meminta ujian kognitif dijalankan ke atasnya dan hasil pemeriksaan menunjukkan tahap kesihatannya amat memuaskan.

“Saya rasa beliau melihat pemeriksaan kesihatan ini sebagai peluang untuk menyangkal dakwaan. Beliau tidak bimbang kerana tiada apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

Beliau berkata, ujian Penilaian Kognitif Montreal, Trump memperoleh mata penuh iaitu 30/30. “Beliau jelas tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental,” katanya.

Selain itu, Jackson berkata, berdasarkan pengetahuannya, ini adalah kali pertama presiden yang masih berkhidmat menjalani penilaian seumpama itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: doktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd