• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk ‘Terbang’ Dan ‘Melekat’ Di Tingkat Dua

oleh
16/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemandu telah membuat kejutan apabila kereta yang dipandunya telah ‘terbang’ dan terus ‘melekat’ di tingkat dua sebuah pejabat pergigian di California, Amerika Syarikat Ahad lalu.

Jurucakap polis Sanda Ana memaklumkan bahawa kenderaan Nissan Sedan yang dipandu itu telah mengejutkan tetamu yang kebetulan ada menginap di motel bersebelahan.

Insiden itu dianggarkan berlaku pukul 5.25 pagi dan kereta tersebut mungkin dipandu dengan laju sebelum memotong pembahagi jalan di luar bangunan tersebut serta terbang kira-kira 60 kaki merempuh pejabat itu.

Jabatan Bomba Daerah Los Angeles telah bergegas ke tempat kejadian namun mereka perlu menggunakan perkhidmatan trak forklift khas dan alat pemotong bagi mengeluarkan kereta berkenaan.

Pemandu itu berjaya keluar dari keretanya tetapi seorang lagi individu di tempat duduk penumpang itu terpaksa dibantu oleh anggota penyelamat bagi mengeluarkannya.

Difahamkan, pemandu berkenaan sedang berada dalam pengaruh dadah sebelum kejadian mengejutkan itu berlaku dan dia kemudian telah dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Pihak berkuasa telah memfailkan satu tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah terhadap individu terbabit namun tiada kesalahan disabitkan ke atasnya kerana suspek masih berada di hospital.

Kereta yang tersangkut itu hanya berjaya dikeluarkan daripada bangunan berkenaan pada Ahad lalu tetapi kesan lubang besar di bangunan pergigian itu masih lagi kekal.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih gagal untuk menghubungi pemilik bangunan tersebut.

Dalam masa yang sama, salah seorang pekerja di motel bersebelahan berasa sangat bernasib baik kerana kereta tersebut tidak ‘menyerang’ bangunan berkenaan.

Jika perkara itu terjadi, pasti akan ada nyawa yang melayang kerana ramai yang sedang menginap di motel tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: kereta terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Perkara Dalam Wawasan 2020 Dicapai – Mahathir

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang...

Ambil Anak Di Taska Naik Kereta Terbang

03/01/2020
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan dia mengambil anak di taska menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd