SEORANG gadis yang termenung di tepi Tasik Shah Alam kemudiannya ditemui mati selepas dipercayai terjun ke dalam tasik berkenaan petang Selasa lalu, menurut laporan Harian Metro Online.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa berusia 29 tahun dikatakan duduk berseorangan sebelum dilihat berlari ke arah jambatan lalu terjun ke dalam tasik berkenaan.
Menurut saksi yang enggan dikenali, dia baru keluar dari pejabatnya di kawasan berkenaan dan dalam perjalanan ke kereta apabila terserempak dengan gadis terbabit.
MENARIK – Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus CintaÂÂ
“Saya melihatnya termenung dan seperti gelisah sebelum berlari ke arah jambatan tidak jauh dari situ.
“Saya sempat menasihatinya supaya tidak duduk seperti itu kerana khuatir terjatuh, namun tidak sampai beberapa saat saya beredar dari lokasi kejadian saya melihat dia terjun ke tasik berkenaan,†katanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada jam 3.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian.
– MYNEWSHUB.CC
Tolong Faham…. Saya Jatuh Cinta
