KUALA LUMPUR – Badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan memberi sumbangan berupa barangan keperluan sejadah, telekung, kain pelikat dan Al-Quran kepada mangsa banjir bernilai RM310,000 esok.
Mynewshub.cc difahamkan, sumbangan itu akan diserahkan melalui Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah dalam satu majlis di Ibu Pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di sini.
Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah badan kebajikan yang berperanan untuk yang membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, golongan termiskin dan mangsa bencana alam.
Kali ini yayasan itu akan bekerjasama dengan Syabas dan Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-RAJD Askar Wataniah bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Terengganu. – mynewshub.cc

