• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Kini Mula Sanjung Mahathir Pula?

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh membayangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bawa kejayaan besar kepada Pakatan Harapan yang tidak pernah dikecapi pakatan pembangkang selama ini.

Beliau membayangkan Mahathir telah berjaya menyelesaikan isu yang sering menjadi sumber kegagalan pakatan pembangkang iaitu barisan kepimpinan dan agihan kerusi pembangkang akan ditandingi dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kedua-dua isu itu antara sumber kegagalan pakatan pembangkang sebelum ini, malah kadang-kala menyebabkan rakyat muak dan mual jika tidak diurus dengan halus.

“Mahathir sendiri dalam ucapannya ketika Konvensyen (Pakatan Harapan) membayangkan betapa rumitnya rundingan namun telah dapat diatasi dengan amat baik.

“Beliau juga menyebutkan formula agihan kerusi yang diputuskan bukannya suatu perkara yang mudah, terutama untuk memuaskan semua pihak. Namun dengan keputusan itu, ia satu kejayaan yang terbesar bagi Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan pembangkang yang dulu dikenali sebagai Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sering berhadapan dengan pergolakan dalaman di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pakatan pembangkang yang dibarisi DAP, PKR dan PAN itu kemudian disertai Mahathir, 93, dan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac tahun lalu.

Mahathir yang diketahui umum mempunyai kekuatan dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Syed Ibrahim dalam pada itu mendakwa kononya Pakatan Harapan kini berada di hadapan UMNO atau PAS daripada segi menyelesaikan isu kepimpinan dan kerusi pilihan raya.

Ironinya, BN tidak pernah mengalami isu perebutan calon Perdana Menteri seperti pakatan pembangkang, malah tidak pernah mengalami kesukaran untuk menentukan kerusi pilihan raya parti-parti komponennya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

Usul Undi Tidak Percaya Diluluskan, Kepimpinan Cabang PKR Kuala Selangor Dipersoal

22/04/2026
0

KUALA SELANGOR – Kepimpinan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor berdepan tekanan selepas satu usul undi tidak percaya terhadap...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd