• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sahkan Sirul Azhar Ke Australia Oktober Lepas

oleh AK-47
15/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober tahun lepas.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh selepas menyemak rekod dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Setakat ini memang Imigresen sahkan dia ke luar negara iaitu Australia dan dia ke sana bulan sepuluh tahun lepas.

“Kita akan bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia kalau dia berada di sana, tetapi kalau dia dah keluar ke mana-mana destinasi lain, kita akan bekerjasama dengan INTERPOL…untuk melaksanakan tangkapan terhadapnya, kita memang akan minta kerjasama polis antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

MENARIK – Sirul Azhar Di Luar Negara, Gagal Hadir Di Mahkamah

Difahamkan polis akan mengeluarkan ‘Notis Merah’ kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu mengesan Sirul Azhar dan permohonan ekstradisi akan dibuat kepada negara berkenaan, sebelum membawanya pulang mengikut prosedur undang-undang sedia ada.

Mengikut portal Jabatan Peguam Negara Malaysia, Malaysia telah memuktamadkan triti ekstradisi dengan Australia yang berkuatkuasa sejak 28 Disember 2006.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah semalam kerana berada di luar negara dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka. Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. – BERNAMA

Video Keputuan Mahkamah Persekutuan Berkaitan Kes Berkenaan

 

Tags: Altantuyakes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd