• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Pegawai Polis Bebas Tuduhan Beri Kenyataan Palsu

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang anak pegawai kanan polis daripada pertuduhan memberi pernyataan palsu berhubung penjualan 50 kereta mewah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan Mohamad Azhan Hamza, 32, selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman denda RM200,000 atau enam bulan penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memberi pernyataan palsu itu.

Hakim Azman juga memerintahkan wang denda RM200,000 yang dibayar oleh perayu (Mohamad Azhan) dipulangkan kepadanya.

Beliau berkata mahkamah mendapati bahawa sabitan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 27 Jan 2017, adalah tidak selamat untuk dikekalkan.

“Sabitan dibatalkan dan digantikan dengan perintah lepas dan bebas ke atas perayu,” katanya.

Hakim itu berkata selepas meneliti rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati saksi-saksi dan siasatan adalah bercanggah dengan keterangan beberapa saksi pada perbicaraan kes itu.

Ahli perniagaan itu didakwa memberi pernyataan palsu berhubung penjualan kereta itu melalui pengedar kereta TTDI Cars, Melinium Auto dan Sentimas Sdn Bhd kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Farid Jabar di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara 1.45 tengah hari dan 6.30 petang, 16 Julai 2014.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Yusfarizal Yussoff bertindak bagi pihak perayu. – BERNAMA

Tags: polistuduhan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd