• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Sekolah Diminta Tidak Potong Wang Bantuan Sekolah

oleh AK-47
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak sekolah diharapkan tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang diberikan Kementerian Pendidikan (KPM).

Perkara itu dinyatakan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), memetik laporan Mstar Online.

Presidennya Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, ada pemotongan dilakukan sebelum ini dengan tujuan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kos lain yang ditanggung pihak sekolah.

MENARIK – Bantuan Khas Awal Persekolahan Diagih Mulai Hari Ini

“Namun kali ini wang itu adalah lebih untuk meringankan ibu bapa terutama bagi yang terlibat dengan banjir sehingga mereka tidak dapat menyediakan pakaian dan peralatan sekolah anak-anak mereka,” katanya.

Mohamd Ali membuat kenyataan itu sebagai mengulas harapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan supaya pihak pentadbiran sekolah tidak memotong wang berkenaan.

Difahamkan, KPM ada menerima laporan bahawa terdapat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas itu kepada pelajar mereka.

Mohamad Ali berkata pihak sekolah harus fleksibel bukan sahaja disebabkan oleh masalah banjir tetapi fakor lain seperti kenaikan kos sara hidup semasa.

“Yuran PIBG juga perlu dikecualikan di sekolah yang pelajar terbabit dengan banjir,” katanya.

Sementara itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan meminta ibu bapa agar memastikan buku teks pinjaman anak mereka tidak hilang.

“Ini kerana saya menerima rungutan dari pihak sekolah bahawa mereka menghadapi masalah kewangan bagi menggantikan buku teks yang hilang atau rosak sehingga terpaksa membuat potongan ke atas wang bantuan,” katanya.

Beliau berpendapat yuran PIBG perlu dikekal dengan kadarnya ditetapkan mengikut kesesuaian semasa.

“Hasil kutipan yuran PIBG akan digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pihak sekolah membuat bayaran bagi penceramah yang dijemput bagi memberi motivasi atau tips menghadapi peperiksaan kepada pelajar,” katanya.

Bantuan khas persekolahan berkenaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas dan diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. – MYNEWSHUB.CC

Video Berita Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2015

Tags: PendidikanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd