• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Bayar Kos Bicara RM8,000, UiTM Nyaris Disita

oleh
17/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan tindakan sita terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) selama empat hari selepas institusi pendidikan tinggi itu membayar kos berjumlah RM8,000 kepada plaintif.

Peguam plaintif iaitu Mutiara Gemilang Engineering Sdn. Bhd., Nur Aliah Selamat, berkata ia adalah jumlah yang perlu dibayar UiTM sebagai defendan kepada syarikat berkenaan, berdasarkan penghakiman pada 2 Ogos dan 20 November lalu.

“Kami telah meminta pihak peguam cara UiTM memberikan jumlah RM8,000 kepada pihak kami seawal November 2017, namun tidak dibayar.

“Oleh itu, kami failkan penyitaan. Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk kita sita UiTM bagi jumlah RM8,000 itu, namun kira-kira jam 9.10 pagi ini, pihak kami mendapat satu cek penyelesaian berjumlah RM8,000 daripada peguam cara UiTM.

“Mahkamah akan tetapkan tarikh baharu dan memandangkan defendan membayarnya dengan menggunakan cek, kami perlu menunggu hingga cek itu ditunaikan,” katanya kepada pemberita.

Pada 20 April tahun lalu, UiTM menerima tuntutan saman berjumlah RM40.8 juta daripada syarikat kejuruteraan tempatan itu.

Ia berikutan pelanggaran kontrak pembayaran membabitkan projek membekal, menghantar, memasang, menguji guna dan mentauliahkan keseluruhan mesin serta peralatan bagi semua kursus di kampus baharu UiTM Puncak Alam, Selangor.

Melalui perjanjian pada 9 Disember 2010 itu, Mutiara Gemilang Engineering dikurniakan dengan kontrak bernilai RM134.5 juta, yang perlu dibayar secara berperingkat selepas kerja siap.

Bagaimanapun, UiTM dengan salah, defektif, tidak sah dan melanggar undang-undang kerana membuat satu pembayaran berjumlah RM11 juta, yang dimasukkan ke akaun peribadi seorang individu.

Mutiara Gemilang Engineering kemudian memplid bahawa pembayaran itu mengakibatkan kemudaratan kewangan yang teruk dan serius kepada plaintif.

Plaintif menanggung kerugian amat tinggi kerana terpaksa mencari sumber kewangan lain dan membuat pinjaman daripada pihak ketiga, seterusnya menjatuhkan bajet kewangan.

Terdahulu, Mutiara Gemilang Engineering, dalam satu kenyataannya menyebut, tindakan sita terhadap UiTM itu dibuat selepas Universiti Awam (UA) itu tidak membayar kos sebanyak RM8,000 kepada syarikat berkenaan.

Perintah pembayaran itu ekoran kegagalan UiTM membatalkan permohonan saman oleh Mutiara Gemilang Engineering serta menggantung prosiding mahkamah.

Ekoran kegagalan itu, Mutiara Gemilang Engineering memfailkan prosiding sita dan jual terhadap sebarang barangan UiTM untuk tujuan melunaskan kos tertunggak itu.

Ditanya adakah pembayaran itu menyelesaikan tuntutan antara Mutiada Gemilang dengan UiTM, Nur Aliah berkata, ia bukan penyelesaian secara keseluruhan kerana jumlah RM8,000 adalah untuk penghakiman bagi dua permohonan terbabit dengan jumlah dituntut lebih RM40 juta.

Katanya, tindakan sita itu pula hanya boleh dikatakan selesai bergantung kepada sama ada cek yang dibayar defendan boleh ditunaikan atau sebaliknya. – BH/HAA

Tags: UiTMUniversiti Teknologi Mara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd