• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Kapal Keempat Akan Sertai Misi Mengesan Pesawat

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Kapal keempat yang dilengkapi peralatan canggih dasar laut dijangka menyertai misi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata penyelaras pencarian Australia, hari ini.

Pencarian selama berbulan-bulan gagal mengesan sebarang serpihan daripada pesawat Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

Fasa pencarian ketika ini ialah memberi tumpuan kepada kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dan dasar laut sedalam kira-kira 1,600 kilometer di barat Perth, Australia.

Firma kejuruteraan Belanda, Fugro sudah menghantar tiga kapal untuk membuat pemetaan dan kemudiannya mencari di dasar laut kawasan berkenaan.

Kapal terbaharu yang akan ke sana ialah Fugro Supporter yang dilengkapi dengan kenderaan dalam air automatik (AUV) jenis Kongsberg HUGIN 4500 yang dipra-program dengan kawasan pencarian dan dilepaskan berbanding ditambat di kapal dengan menggunakan kabel.

“AUV ini akan digunakan untuk mengesan bahagian di kawasan pencarian yang tidak boleh dicari menggunakan peralatan di atas kapal lain,” kata Pusat Agensi Penyelaras Bersama Australia (JACC).

Lebih 14,000 kilometer persegi dasar laut sudah diteroka dan pencarian di kawasan itu dijangka siap seawal Mei depan dengan syarat tiada kelewatan.

Kapal Fugro Supporter dijangka tiba di kawasan pencarian itu pada lewat Januari ini. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=TQsuCRo0ql4

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd