• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Pembelian Tanah Di Tongod Selesai

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod, Sabah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah serahkan (kertas siasatan) pada minggu lepas untuk keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) bersama komuniti pemandu teksi dan kereta sewa, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad.

Pada 5 Jan lepas, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony, 46, ditahan SPRM ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung isu pembelian tanah berkenaan.

Peter bagaimanapun dibebaskan pada 12 Jan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dengan ikat jamin RM55,000 selepas tempoh tahanan remannya tamat.

Sementara itu, mengenai siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan terhadap beberapa lagi individu untuk membantu siasatan.

Katanya setakat ini sekurang-kurangnya 20 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau berkata tidak ada keperluan berbuat demikian buat masa ini.

“Kita masih siasat, masih terlalu awal saya nak kongsi dapatan kita dalam siasatan ini, kita akan lakukan secara terperinci,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azam BakiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd