• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Logo Halal Sah” – Pengeluar Umi Keropok Udang

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Syarikat pengeluar makanan ringan berjenama ‘Umi Keropok Udang’ hari ini menjelaskan keropok udang keluarannya mempunyai logo halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta sijil Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (Mesti) Kementerian Kesihatan.

Pengarah Urusan Assari Enterprise, Chuah Hock Guan berkata mereka tampil membuat penjelasan itu selepas syarikat mengalami kemerosotan jualan hampir 50 peratus susulan tindakan rampasan oleh pihak berkuasa terhadap sebuah syarikat lain yang menggunakan pembungkusan hampir sama namun logo halal tiruan.

“Keropok udang yang kami hasilkan di sini menggunakan udang segar dari Kuala Sepetang dan dijual dengan harga RM3.50 bagi berat 75 gram.

“Setiap enam bulan sekali syarikat ini akan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi memastikan pemerosesan keropok mengikut standard yang ditetapkan selain dijamin kebersihan,” katanya dalam sidang media di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, di sini.

Sehubungan itu, Chuah berkata pelanggan yang beragama Islam tidak perlu khuatir akan aspek suci dan halal produk berkenaan.

Menurutnya syarikat itu memperoleh sijil halal Jakim dan Mesti berkenaan sejak ia beroperasi pada 2008.

Beliau berkata keropok udang keluaran syarikat tersebut turut dieskport ke China sejak 2015.

“Namun, oleh kerana bekalan udang segar sukar diperolehi kerana nelayan bimbang untuk ke laut dalam keadaan ombak besar (sejak beberapa bulan ini) penghantaran ke China dikurangkan dengan memberikan tumpuan di Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Melaka dan di Perak,” katanya.

Pada 5 Januari lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak telah merampas 396 bungkus keropok menggunakan jenama ‘Keropok Udang’ serta 1,600 unit plastik pembungkusan bernilai RM1,785 kerana menggunakan logo halal tanpa memiliki sijil halal yang diiktiraf Jakim dalam operasi di Gopeng. – BERNAMA

Tags: HalalJakimkeropok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd