• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Imbau Kenangan Zaman Darurat Ketika Di Pahang

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau kembali kenangan mencuit hati bersama anggota polis ketika pernah menjadi Menteri Besar Pahang.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di sini hari ini, Perdana Menteri berkata pasukan keselamatan ketika itu sedang memburu pengganas komunis, Chong Chor, di kawasan sekitar Bentong.

Katanya, pihak polis menasihatkan supaya keretanya mempunyai tiga nombor pendaftaran bagi tujuan keselamatan dalam mengaburi pihak musuh.

“Satu hari ketika saya ada seminar di Kuala Lumpur, saya ditanya anggota polis sama ada kereta yang dinaiki milik saya.

“Saya tanya kenapa? Sebab nombor (pendaftaran) depan lain, belakang lain. Pemandu saya tersilap letak nombor depan CU11, belakang CX3879.

“Saya nak pujilah, anggota polis berkenaan begitu tajam matanya. Dia suruh buka bonet, banyak lagi nombor plat di dalamnya,” katanya sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin yang hadir.

Najib menjadi menteri besar termuda ketika berusia 29 tahun bermula pada 4 Mei 1982 hingga 10 Ogos 1986.

Beliau berkata walaupun pengalaman berkenaan agak lucu, namun memuji komitmen anggota polis dan tentera dalam menjaga keselamatan negara.

Katanya, Malaysia tidak akan mencapai kejayaan seperti yang dikecapi pada hari ini tanpa pengorbanan anggota keselamatan. – BERNAMA

Tags: daruratDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd