• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian Elaun Sara Hidup Ringankan Beban Nelayan

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kenaikan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada RM300 daripada RM200 yang mula diterima pada bulan ini akan meringankan lagi beban kira-kira 1,800 nelayan pesisir pantai di daerah Sandakan.

Hampir 90 peratus nelayan berkenaan di bawah kategori pesisir pantai tinggal di beberapa pulau sekitar daerah ini dan merupakan nelayan sepenuh masa.

Ketua Zon Sandakan Persatuan Nelayan Negeri Sabah (Pengasah) Shaiful Bahari Muin berkata pemberian elaun itu dan beberapa insentif lain oleh kerajaan banyak membantu nelayan di daerah ini dalam menyara kehidupan keluarga mereka.

Beliau memberitahu Bernama ini kerana kebanyakan nelayan pesisir pantai di daerah ini tergolong dalam golongan miskin dan pendapatan mereka tidak tetap bergantung kepada hasil tangkapan.

“Bantuan dan insentif diberi kerajaan membolehkan nelayan berkenaan meneruskan pekerjaan mereka sebagai nelayan dan penting sekali untuk menyara hidup keluarga.

“Pada masa sama, mereka juga dapat terus menyumbang kepada penyediaan sumber makanan khususnya di daerah ini daripada tangkapan hasil laut,” katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun sara hidup nelayan Zon A daripada RM200 kepada RM300 sebulan manakala bagi nelayan Zon B dan C dinaikkan kepada RM200.

Shaiful Bahari berkata bagi setiap bot nelayan, pemberian elaun sara hidup juga diberi kepada awak-awak bot maksimum dua orang.

Katanya insentif lain diterima nelayan berkenaan adalah kelayakan membeli minyak petrol dan diesel secara subsidi serta insentif tangkapan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram hasil tangkapan.

Beliau berkata kedua-dua insentif itu dilaksanakan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga bertujuan memberi galakan nelayan untuk turun ke laut menangkap ikan.

Menurutnya kebanyakan nelayan yang berdaftar di bawah Pengasah tinggal di pulau-pulau antaranya di Bambangan, Tanjung Aru, Shanghai, Berhala dan Nunuyan.

“Segala bantuan dan insentif daripada kerajaan itu dapat membantu nelayan berkenaan menyara hidup sekiranya tidak dapat turun ke laut disebabkan faktor cuaca atau kerosakan bot,” kata Shaiful Bahari. – BERNAMA

Tags: NelayanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd