• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awie Nafi Cuba Kukuh Kedudukan Sebagai Ayahanda

oleh
15/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KARUT… Vokalis Wings, Awie menolak dakwaan konon menggunakan jawatan Presiden Wings Motor Gang Society (WMGS) sebagai landasan untuk kukuh kedudukannya sebagai ‘Ayahanda’.

Awie atau nama sebenarnya, Datuk Azhar Othman memberitahu, dakwaan itu mengarut berikutan tiada ideologi atau isu yang boleh dibawa dalam kelab pemotoran tersebut yang sudah ditubuhkan lebih setahun lalu.

“Ada orang kisah saya Ayahanda? Cuba tanya mereka. Kalau hendak maki, mereka maki saja. Itu semua mengarut dan tiada kena mengena. Dalam kelab ini pun, semua anggota diberi layanan sama tanpa mengira status.

“Seperti slogan yang diterapkan ‘We don’t care who you are, all we care is to ride and respect‘ (kami tidak kisah siapa anda, kami hanya mahu menunggang dan hormat), ia menunjukkan tiada sebarang unsur dalam kelab ini.

“Apatah lagi kecenderungan berpolitik. Kami hanya terapkan semangat kesamarataan supaya kita tidak angkuh dengan pangkat atau apa yang kita peroleh. Selain itu, kita kena selalu tunduk ke bumi,” kata Awie.

Sabtu lalu, WNGS dilancarkan di Tadom Hills Resort di Banting, Selangor. Kira-kira 600 jemputan memeriahkan acara termasuk 100 ‘kaki motor’ yang datang dari seluruh negara termasuk Brunei, Thailand dan Singapura.

Penyertaan WNGS yang dibuka kepada golongan bumiputera itu antara bertujuan menguatkan jati diri bangsa dan identiti penunggang dalam pelbagai kegiatan permotoran selain menganjurkan aktiviti kebajikan.

Pada majlis tersebut, Awie yang ditemani dua anggota Wings lain iaitu Eddie dan Black, tampil segak berbaju Melayu cekak musang, berjaket hitam lengkap dengan tengkolok songket. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AwiewingsWings Motor Gang Society
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Dulu Awie Cuba Elak Erra Fazira, Tetapi Sekarang…

30/06/2018
0

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd