• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aishah Terima ‘Rezeki Rimau’, Ada Kelab Peminat

oleh
15/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERHARU… Penyanyi berpengalaman, Aishah yang pernah terpalit dengan isu aktif dalam PAS dan kini PAN, mengakui kehidupan dirinya berubah selepas kembali mendapat tempat di hati peminat.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 53, berkata beliau sendiri tidak menyangka masih memiliki peminat yang setia menyokongnya, apatah lagi selepas beberapa tahun tidak pernah aktif menyanyi.

“Saya berasa terharu dengan sokongan ramai peminat, ini adalah ‘rezeki rimau’ buat saya. Saya tidak pernah mempunyai kelab peminat sejak lebih 30 tahun bergelar penyanyi. Tetapi hari ini, saya memiliki Aishah FC.

“Ia kini menjadi seumpama tulang belakang dalam kerjaya seni saya. Semuanya bermula dengan pembabitan saya menerusi program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) dan tanpa disangka muncul sebagai juara pula.

“Bayangkanlah pernah apabila pihak penganjur menyediakan 20 hingga 30 tiket untuk seseorang peserta, saya tidak tahu hendak beri kepada siapa. Akhirnya, ada insan yang saya percaya, sudi untuk menerajui Aishah FC.

“Alhamdulillah, walaupun program GV4 sudah melabuhkan tirai, hubungan kami masih baik, malah masing-masing sentiasa berhubung,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran kelab peminatnya, Aishah FC, di sini.

Pada majlis tersebut, Aishah FC juga membuat kejutan apabila meraikan ulang tahun ke-53 penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Janji Manismu dan Kemaafan Dendam Terindah itu di Melawati Mall dekat ibu negara.

Aishah berkata, selain menrima sokongan teguh daripada peminat, beliau yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan dan mula aktif menyanyi sejak 1984 itu juga kini menerima kiriman hadiah pada setiap hari.

Berita Harian melaporkan beliau berkata: “Jika pada awal kemunculan dulu, tiada yang sudi menaja saya, tetapi hari ini sebaliknya. Setiap hari, saya pasti bertemu posmen, ada saja hadiah mahu pun produk dihantar ke rumah.

“Sekurang-kurangnya satu produk atau hadiah mesti ada. Saya berterima kasih kerana setiap produk yang dihantar, sama ada hanya untuk dibuat ‘review‘ atau sebagainya, semuanya saya sudah cuba pakai.

“Saya hargai pemberian peminat,” katanya disulami ketawa kecil. Aishah yang pernah berkahwin sebelum berpisah, kini mempunyai dua cahaya mata, Armand Azhari dan Azhad Ahlami. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AishahGegar VaganzaWan Aishah Wan Ariffin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd