• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Pakatan Harapan Hadkan Tempoh PM

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Gabungan longgar pembangkang itu akan turut mencadangkan pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri, katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangsa di sini hari ini.

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, berkata perjuangan PPBM ialah untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas pelancaran PPBM Setiwangsa itu, Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan untuk hanya bertanding di antara tiga kerusi dicadangkan iaitu Parlimen Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

“Terima kasih (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) atas pelawaannya untuk saya bertanding di Gombak,” katanya merujuk pelawaan Menteri Besar Selangor yang bersedia memberi laluan kepada Pengerusi PBBM itu bertanding di Parlimen Gombak. – BERNAMA

Tags: manifesto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

28/07/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang...

Jalaluddin Nafi Dakwaan ‘Copy Paste’, Saran PH Baca Manifesto BN

Jalaluddin Nafi Dakwaan ‘Copy Paste’, Saran PH Baca Manifesto BN

26/07/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyarankan Pakatan Harapan (PH) membaca manifesto Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd