• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Berkorban Jaga Anak Dalam Banjir

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – ”Saya terpaksa terus tinggal di rumah demi menjaga anak perempuan saya yang baharu sahaja menjalani pembedahan dan jika terpaksa mati di sini pun sebab banjir saya rela.”

Begitu luahan seorang warga emas Ali Samsudin, 65, apabila terpaksa bermalam di rumahnya Kampung Baru Cenderawasih Sungai Miang walaupun air telah naik paras dada di sekitar rumahnya.

“Nak buat macam mana, anak perempuan saya Hayati, yang berusia 22 tahun baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Jumaat lalu berikutan masalah jantung berlubang. Keadaan itu menyukarkannya untuk bergerak,

“Kalau kami berpindah juga ke pusat pemindahan, takut nanti timbul pula masalah lain, jadi biarlah dua beranak terus tinggal di sini selagi boleh,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Ali, isterinya Fatimah Abdul Rahman, 65, dan dua lagi anak perempuannya Rohiba, 18 dan Halijah, 14, telah berpindah ke pusat pemindahan sementara berhampiran atas nasihat pihak berkuasa.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersyukur kerana walaupun dalam keadaan banjir ramai saudara maranya datang menjenguk menghantar bantuan dan bertanya khabar.

Sementara itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Wan Mahmud berkata pihaknya sentiasa mengawasi dan membuat rondaan setiap empat jam di sekitar kawasan yang mudah dinaiki air seperti di Permatang Cicar, Lemir dan Permatang Pauh.

“Jabatan bomba di negeri ini telah bersiap sedia dari segi keanggotaan dan logistik untuk menghadapi banjir sejak bulan Nov tahun lepas dan rondaan secara berkala dilakukan untuk memastikan kita dapat memindahkan penduduk tepat pada masanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd