• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Sedang Jual Beli Dadah

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lelaki ketika sedang menjalankan urus niaga menjual dadah di belakang sebuah rumah di Mengkuang Titi, di sini dan merampas heroin serta syabu bernilai RM11,000 dalam serbuan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis menyerbu belakang rumah itu kira-kira pukul 1 pagi tadi sebelum menahan lelaki berusia 37 dan 47 tahun itu.

“Dua lelaki itu yang menyedari kehadiran polis telah bertindak mencampakkan satu bungkusan surat khabar ke atas tanah dan cuba melarikan diri namun mereka berjaya kami tahan.

“Pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibuang itu adalah heroin seberat 573.4 gram dan polis turut menemui 6.8gm syabu bersama mereka. Semua dadah berkenaan bernilai RM11,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak tahun lepas dan pasaran mereka adalah sekitar daerah SPT.

Nik Ros Azhan berkata lelaki berusia 47 tahun itu mendapatkan bekalan berkenaan daripada seorang lelaki di Perai dan identiti lelaki tersebut telah dikenalpasti serta usaha mengesannya giat dijalankan.

Katanya polis juga merampas dua buah motosikal jenis Honda Ex5 dan Modenas Kriss serta wang tunai sebanyak RM2,110 bersama dua lelaki itu.

“Berdasarkan siasatan, rumah itu didiami lelaki berusia 47 tahun berkenaan bersama keluarganya dan dia yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

“Manakala rakannya merupakan penternak lembu serta mempunyai 13 rekod lampau. Mereka yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd