• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cyber Games Mampu Jana Pendapatan Masa Depan

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan merancang untuk mengangkat ‘cyber games’ atau E-Sukan sebagai industri baharu dalam menjana pendapatan negara di peringkat benua Asia dan antarabangsa pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini sejajar dengan perkembangan industri tersebut yang menjadi ikutan bukan sahaja masyarakat antarabangsa malah di kalangan generasi anak muda tempatan sendiri yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan gaya hidup baru.

‘’Saya difahamkan sukan ini akan diangkat sebagai sukan di peringkat Sukan Asia di Indonesia tahun ini, mungkin industri ini akan pergi lebih jauh di peringkat Olimpik.

‘’Oleh kerana itu, apabila kita anggap ia sebagai industri baharu, sudah tentu ia akan janjikan pelbagai peluang, bukan sahaja dari sudut hiburan dan gaya hidup semata-mata, tapi industri baharu.

‘’Namun, kita mesti sediakan orang-orang kita supaya menjadi penjana, pembekal dan pelaku aktif dalam cyber games ini,’’ katanya sewaktu berucap melancarkan edisi kedua Malaysia Cyber Games 2018 (MCG18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Pengasas Malaysia Book of Records (MBR), Tan Sri Danny Ooi dan Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Najib berkata kerajaan peka kepada kehendak dan keperluan anak muda untuk hari ini dan masa depan termasuk menerusi sokongan kepada usaha mempelbagaikan program berkaitan E-Sukan dengan lebih meluas lagi di negara ini.

‘’Jika kita tidak faham dengan kehendak anak muda, bukan bermakna kita perlu menolak, sebaliknya kita perlu menerima perubahan dalam ekonomi digital dan Revolusi Keempat. Ini gaya hidup baharu untuk orang muda.’’

‘’Kerajaan mestilah berorientasikan anak muda, mestilah berasaskan kepada keperluan masa depan dan amalkan pembaharuan. Kita mesti berorientasikan anak muda, (keperluan) masa depan, fokus dan berpaksikan digital.

‘’Atas sebab itu, sebagai sebuah kerajaan, kita mesti menjadi kerajaan yang prihatin dan memahami golongan muda, bahasa dan memenuhi keperluan dan aspirasi mereka,’’ katanya yang turut menyokong cadangan Armand Azha sewaktu dalam ucapan awalnya agar Malaysia Cyber Games (MCG) diiktiraf sebagai persatuan yang mewakili E-Games di negara ini.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan pengiktirafan MCG18 dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjuran permainan video terbesar di negara ini dengan mempertandingkan sembilan permainan video dan penyertaan sebanyak 2,062 peserta.

MCG18 dianjurkan Suara Anak Muda 1Malaysia dan Briged Kesatria yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM300,000 di mana peserta perlu berentap dalam sembilan permainan video popular selama dua hari bermula semalam.

Permainan video yang dipertandingkan adalah Counter Strike GO, Dota 2, FIFA 2018, Street Fighter, Mobile Legends, Tekken 7, Player Unknown Battleground (PUBG), Justice League 2 dan F1 2017 Racing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd