• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Redah Cuaca Sejuk Dengan Rambut Beku Ke Sekolah

oleh
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR tular seorang budak dengan rambut keras seperti titisan air beku akibat berjalan dalam suhu beku ke sekolah telah membangkitkan perdebatan tentang kesan kemiskinan kanak-kanak.

Wang Fuman, pelajar sekolah rendah di wilayah barat daya Yunnan, mendapat jolokan ‘Budak Fros’ selepas pengetua sekolahnya berkongsi gambar dalam talian dengan pipinya yang merah dan rambut berais.

Menurut laporan agensi China News Service (CNS), guru yang mengambil foto tersebut berkata, murid lelaki itu terpaksa berjalan kaki lebih sejam dari rumahnya di kawasan luar bandar ke sekolah sejauh 4.5 kilometer.

Suhu negatif 9 darjah Celcius pada hari gambar itu diambil. Foto-foto lain menunjukkan tangan dan jari-jemari Wang yang membengkak diletakkan di atas kertas peperiksaan Matematik tertera dengan markah 99 peratus.

Pengurangan kemiskinan menjadi antara inisiatif Presiden China, Xi Jinping sejak memegang jawatan pada 2012 yang menyeru kewujudan ‘masyarakat cukup makmur’ dan berikrar hapus kemiskinan luar bandar menjelang 2020.

Statistik rasmi 2016 mencatatkan 43.3 juta penduduk pedalaman di seluruh China masih lagi hidup di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan 2,300 yuan (RM1,376) setahun di negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk itu.

Nasib ‘kanak-kanak seperti Wang, yang mana ibu bapanya bekerja di bandar, manakala mereka tinggal di kampung bersama saudara kandung, datuk atau nenek, telah menjadi perbincangan hangat pada tahun kebelakangan ini.

“Kita masih belum melakukan kerja yang cukup untuk membantu orang miskin,” kata seorang pengulas di platform sosial Weibo seperti Twitter. Seorang pengguna lain berkata: “China mempunyai banyak kanak-kanak seperti ini.”

Beberapa pengguna media sosial tempatan bagaimanapun ada menuduh pihak media pula konon terlampau mengeksploitasi kisah ‘Budak Fros’ dengan memaparkannya dalam laporan video yang agak keterlaluan.

Namun perhatian tular dalam talian terus menjana reaksi positif: Beijing News mengumumkan menerusi akaun Weibonya bahawa pengguna Internet yang bersimpati telah menyumbangkan 100,000 yuan (RM61,252).

Derma tersebut diberikan kepada pihak sekolah tempat Wang belajar dan beberapa sekolah lain di kawasan terpencil itu. Setiap pelajar pula secara individu bakal menerima sumbangan ihsan 500 yuan (RM1,988).

“Saya mahu menjadi pegawai polis untuk melawan orang jahat,” kata Wang kepada akhbar The Paper yang berpusat di Shanghai. “Perjalanan ke sekolah adalah sejuk tetapi ia tidaklah sukar!” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ChinaXi Jinping
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd