• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Kabel TM: 5 Lagi Individu Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lepas.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia 23 hingga 42 tahun itu ditahan antara 8 hingga 10 malam di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, seorang daripada suspek merupakan juruteknik TM dan ditahan di ibu negara selepas disyaki bersubahat dengan kontraktor TM dengan mengemukakan 55 dokumen ‘Maintenance Order’ yang mengandungi butiran palsu yang tidak wujud.

“Dokumen palsu itu bertujuan mengeluarkan kabel dari stor TM,” kata sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut berkata empat lagi suspek yang ditahan di Negeri Sembilan dipercayai bersubahat dengan kakitangan TM dalam pengeluaran kabel dari stor TM untuk dijual kepada sindiket.

Menurut sumber itu tiga daripada mereka merupakan juruteknik pemasangan TM manakala seorang lagi adalah pembantu makmal sebuah sekolah yang juga juruteknik pemasangan sambilan TM.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan dan penahanan reman lima individu terbabit.

“Siasatan masih sedang berjalan dan kami dalam proses mengenal pasti beberapa lagi individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes ini,” kata Simi.

Rabu lepas, seorang pegawai teknikal TM antara 11 individu ditahan kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan syarikat telekomunikasi itu mengalami kerugian RM4 juta hingga RM6 juta bagi tempoh 2016 hingga Mac tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Kes Kecurian KabelKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd