• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 627

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 627 orang pagi ini dengan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 10 pagi, seramai 530 orang daripada 138 keluarga berada di enam PPS di Mersing berbanding 430 orang daripada 106 keluarga di lima PPS, 7 pagi tadi.

“Di Segamat pula, jumlah mangsa banjir kekal 97 orang daripada 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam, “ katanya dalam satu kenyataan.

Mereka kini ditempatkan di PPS Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak, Balai Raya Kampung Pogoh Tengah, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh dan Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam.

Ayub berkata PPS yang baru dibuka di Mersing melibatkan Balai Raya Kampung Air Merah yang beroperasi pada 5.45 pagi tadi dengan menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga.

Beliau berkata lima PPS lain di Mersing adalah Balai Raya Kampung Tenglu, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, Sekolah Agama Pengkalan Batu, Sekolah Agama Mersing Kanan dan SK Labong.

Jalan Telok Arong di Mersing masih ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan.

Jalan Johor Bahru-Kuantan pula tidak boleh dilalui untuk kenderaan ringan, namun mereka boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Sekakap-Meta. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd