• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah Ubah Suai Meter TNB

oleh Ahmad Albab
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua lelaki direman lima hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung pengurangan bayaran denda atas kesalahan pengubahsuaian kotak meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kediaman di Johor, awal bulan ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Nur Hayatie Mohd Saini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karmila Mokhtar, di sini hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 29 dan 28 tahun tersebut ditangkap di Johor semalam selepas pengadu membuat laporan kepada SPRM di sini.

Sumber berkata pada 2 Jan lepas, suspek pertama berusia 29 tahun yang merupakan kontraktor TNB untuk kerja-kerja pemeriksaan meter disyaki meminta RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan pengurangan bayaran denda sebanyak 50 peratus selepas dikesan mengubah suai meter kediamannya.

Semalam, suspek menerima sebanyak RM1,000 dan wang itu kemudian dibahagikan sama rata dengan seorang lagi rakan subahatnya yang berusia 28 tahun sebelum kedua-duanya ditahan secara berasingan pada 4.20 petang dan 8.50 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: DiremanKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd