• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk ‘Kampung Lemang’ Kembali Mulakan Perniagaan

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kira-kira 50 penduduk Kampung Lepan Jenut atau lebih dikenali sebagai ‘Kampung Lemang’ di Manek Urai di sini, kembali menjual lemang sejak lima hari lepas, selepas tiga minggu tidak berniaga berikutan banjir besar.

Walaupun jajahan itu terjejas teruk sehingga menyukarkan penjual lemang mendapatkan bekalan beras pulut, buluh minyak dan daun pisang untuk membuat makanan tradisional itu, namun ia tidak menghalang mereka untuk kembali beroperasi.

Seorang penjual lemang, Mazri Mahassan, 35, berkata beliau sukar mendapatkan bekalan buluh minyak dan daun pisang memandangkan kedua-dua sumber berkenaan hampir lenyap ‘ditelan’ air banjir.

“Jika sebelum banjir, saya boleh mendapatkan bekalan dengan mudah di satu tempat sahaja di Dabong, namun kini terpaksa meluangkan lebih masa untuk mencari bahan mentah itu di kawasan berbukit di Dabong,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di sini.

Mazri yang menjalankan perniagaan lemangnya itu sejak kira-kira 10 tahun lalu berkata walaupun menghadapi kekangan daripada segi bahan mentah, beliau masih menjual juadah tradisi itu dengan harga biasa iaitu RM10 bagi tiga batang lemang.

Seorang lagi penjual lemang, Sapinah Umar, 64, berkata beliau terpaksa menyuruh anak lelakinya mendapatkan bekalan beras pulut di Machang dan Pasir Puteh kerana peruncit bahan itu di sini masih belum menjalankan perniagaan.

“Alhamdulillah, harga beras pulut masih terkawal walaupun bekalan berkenaan sukar didapati selepas banjir baru-baru ini.

“Harga bagi setiap 25 kilogram beras pulut adalah sekitar RM105, cuma naik RM5 berbanding sebelum banjir baru-baru ini,” katanya.

Sapinah turut mengakui mampu menjual sehingga 40 batang lemang sehari kerana Manek Urai menjadi kawasan tumpuan pelbagai pihak selepas kawasan itu musnah teruk akibat bencana banjir baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: Kelantanpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd