• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Arsenal Nasihat Ozil Hijrah Ke Old Trafford

oleh Ahmad Albab
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK mengecewakan namun jika mahu lebih menyinar Mesut Ozil perlu mengorak langkah meninggalkan Emirates dan menuju Old Trafford.

Begitu jangkaan bekas pemain berpengalaman Arsenal, Ian Wright.

Memberikan pandangannya mengenai Ozil, Wright berkata skuad yang lebih serasi untuk pemain antarabangsa Jerman itu bukanlah The Gunners tetapi Manchester United.

Kata Wright, 54, Ozil tetap pemain yang berbisa walaupun kini berusia 29 tahun dan mampu menyerlah lebih lagi jika beraksi dengan kelab yang tepat.

“Jika bersama kelab yang betul, Ozil pasti menjadi salah seorang pemain terbaik dapat kita saksikan bersama,” katanya seperti dipetik portal Sky Sports.

Ozil adalah pemain tengah yang menjadi pertaruhan terbaik Arsene Wenger ketika ini. Namun kontrak Ozil akan berakhir pada hujung musim ini.

Dibeli dari Real Madrid, Ozil masih belum menandatangani kontrak baru bersama The Gunners walaupun Wenger masih menaruh harapan untuk terus mengikatnya di Emirates.

Wenger yang semakin menimbulkan kegelisahan penyokong Arsenal ekoran persembahan yang tidak memberangsangkan berkata dia tidak akan menjual mana-mana pemain kelab itu pada tempoh perpindahan bulan ini.

Wright adalah bekas pemain Crystal Palace serta Arsenal. Dia menghabiskan masa selama tujuh tahun bersama The Gunners. Dia menggantung kasut but pada tahun 2000 dengan menjadikan kelab Burnley sebagai persinggahan terakhirnya.

Arsenal pula dijangka semakin bermasalah jika gagal menghalang penghijrahan Ozil dan mendapatkan pengganti yang setara dengannya.

Di atas padang Ozil sentiasa menjadi perancang yang kerap membuka peluang untuk rakan-rakannnya menggegarkan gawang lawan. – mStar Online

Tags: ArsenalMesut Ozil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd