• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pekan: Biro Ekonomi UMNO Bantu Penternak

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan pada musim banjir ini mendapat perhatian pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan apabila tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Biro berkenaan yang diterajui oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Zamri Ramli itu menyerahkan 80 kampit pelet makanan ternakan sebagai bekalan makanan untuk kira-kira 450 ekor ternakan yang terlibat banjir.

Wakilnya, Abdul Aziz Abdullah berkata, penyerahan bantuan itu dilakukan pada tahun ini ekoran bencana banjir telah melanda beberapa kawasan di sekitar daerah Pekan sejak hampir dua minggu lalu.

“Pihak kami menerima laporan dan membuat pemantauan berkenaan nasib penternak yang berhadapan musibah banjir dan ada ternakan yang mati akibat terkepung (air banjir) dan tiada bekalan makanan.

Kita faham kesukaran serta kerugian yang dialami dan bantuan ini adalah usaha kami untuk meringankan beban penternak sekali gus memastikan ternakan mereka dapat terus hidup dan sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis penyerahan bantuan makanan untuk ternakan di Kampung Sungai Ganchong di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Veterinar Pahang Dr Noraihan Mohd Yasin@Muhammad.

Sementara itu penternak yang ditemui Mohd Safri Mohd Sidek, 52, berkata beliau mengalami kerugian RM50,000 apabila 43 ekor lembu ternakannya mati akibat banjir pada tahun ini.

“Kebanyakan lembu saya mati akibat lemas dan kekurangan makanan apabila ladang ternakan terkepung air banjir yang naik dengan cepat. Kawasan itu tiada sumber makanan (rumput) yang dapat menampung keperluan kesemua lembu.

Bantuan makanan ternakan yang dihulurkan ini amat dihargai kerana ia meringankan beban kami selaku penternak yang hanya mampu menyelamat ternakan yang terdaya sahaja apatah lagi rumah sendiri pun dinaiki air,” katanya.

Pihaknya juga amat menghargai bantuan daripada Jabatan Veterinar mengalihkan ternakan ke tempat yang selamat dan berharap agar banjir surut dan mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd