• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Lancar Program Masjid Sahabat

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan ‘Program Masjid Sahabat’ iaitu jalinan kerjasama antara Masjid An-Nur UiTM (Universiti Teknologi Mara) Perlis dengan Masjid Universitas Islam Rhiau (UIR), Indonesia, di sini, petang semalam.

Keberangkatan baginda di Masjid Al-Imran, Pauh Putra disambut Rektor UiTM Perlis Zailuddin Ariffin serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta pegawai kanan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS).

Jalinan hasil inisiatif UiTM Perlis itu mendapat kerjasama MAIPs bertujuan mengimarah dan menyemarakkan masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam dan masyarakat antarabangsa serumpun.

Zailuddin berkata ia merupakan kesinambungan Program Masjid Sahabat tujuh masjid di Perlis yang dilaksanakan oleh tujuh fakulti UiTM Perlis sejak beberapa tahun lepas.

“Jalinan dengan UIR ini adalah yang pertama dengan masjid di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut.

Seramai 30 mahasiswa UIR yang menjalani latihan latihan industri di UiTM Perlis selama tiga minggu turut menghadiri pelancaran program itu, katanya dan menambah 30 mahasiswa UiTM Perlis pula akan membuat kunjungan ke UIR pada Julai akan datang.

Sempena pelancaran itu, Tuanku syed Faizuddin yang merupakan pengasas dan penaung Persatuan Woodball Perlis (PWPs) berkenan menyempurnakan gimik pelancaran klinik woodball untuk pelajar UIR tersebut.

Baginda berharap pelajar terlibat akan mengembangkan permainan woodball di Indonesia kelak selain sebagai promosi awal untuk Perlis yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Dunia 2020 nanti. – BERNAMA

Tags: masjidRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd