• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Subahat, Bunuh Seorang Lelaki

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan bersubahat dan membunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di sini, 17 Disember tahun lepas.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Gan Jia Ji, 20, bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian ke atas Tan Aik Chai, 44, di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, lebih kurang 7.30 malam bulan lepas.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Sementara itu, Yip Kah Hou, 24, dengan tiga suspek yang masih bebas didakwa bersubahat dengan Gan dan lima individu lagi yang masih bebas, melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian ke atas Tan.

Yip yang juga pembantu restoran itu boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 akta sama dan Seksyen 34 akta sama.

Siti Hajar kemudiannya memerintahkan kes itu disebut semula pada 13 Februari ini bagi menunggu laporan bedah siasat.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala Yip diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

Gan pula tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes bunuhsubahat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd