• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Logo TH Di Penginapan Jemaah Malaysia

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan logo Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah.

TH dalam kenyataannya berkata peletakan logo rasmi tersebut adalah lanjutan daripada perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawda) bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Peletakan logo ini memberi pendedahan jenama TH kepada masyarakat antarabangsa yang mengenali TH sebagai sebuah daripada organisasi terbaik dalam pengurusan haji dan logo ini juga akan menjadi pengenalan serta memudahkan jemaah haji semasa menginap di hotel-hotel tersebut,” kata kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah dan Pengerusi Al-Rawda, Dr. Mashhoor Ali Al Madodi.

Sementara itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam ucapannya berkata perjanjian pajakan jangka panjang yang dilakukan itu akan memberi kesan positif kepada TH kerana ia dapat membendung kenaikan kos penginapan daripada terus meningkat setiap tahun.

“Sejak penubuhannya lima dekad yang lalu, TH telah berjaya memenuhi objektif membantu dan menjaga kebajikan para jemaah haji dalam urusan menunaikan rukun Islam yang kelima,” katanya.

Pada majlis tersebut Najib yang turut melawat bilik penginapan yang akan digunakan pada musim haji tahun ini, berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang bakal disediakan TH kepada bakal jemaah haji Malaysia.

Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Januari ini. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiDatuk Seri Najib Tun RazakTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd