• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Nafi Warga Malaysia Masuk Kena Ada Wang Tunai

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Imigresen Thai menafikan laporan media Malaysia yang mendakwa pegawai-pegawainya menyekat pelawat Malaysia daripada memasuki negara itu kerana tidak membawa bersama wang tunai sekurang-kurangnnya 10,000 baht (kira-kira RM1,240).

Pemangku Ketua Polis Songkla, Kolonel Chutareth Yingyongdumrongsakul berkata, setahunya tidak ada pelawat Malaysia di pusat pemeriksaan imigresen di Selatan Thai diminta menunjukkan wang mereka sebelum dibenarkan memasuki Thailand.

“Dalam tempoh tahun baharu, saya berada di pusat pemeriksaan setiap hari, saya tidak melihat rakyat Malaysia diminta oleh pegawai untuk menujukkan wang tunai mereka. Pihak berkuasa hanya mengcop ketibaan mereka,” katanya kepada Bernama bila dihubungi hari ini.

Katanya, beliau terkejut dengan laporan berita oleh media Malaysia.

Bagaimanapun, pemangku ketua polis itu menjelaskan menurut undang-undang imigresen, pelawat yang berhasrat memasuk Thailand mestilah membuktikan kemampuan mereka untuk berbelanja untuk diri mereka sepanjag berada di negara ini.

“Undang-undang itu bertujuan menyekat pelawat yang hendak bekerja secara haram di Thailand. Pegawai imigresen hanya secara rawak memeriksa (meminta pelawat menunjukkan wang tunai atau cek) dari negara tertentu,” kata beliau.

Laporan media di Malaysia itu menyebut catatan sebuah blog oleh rakyat Malaysia yang mengadu mereka disekat masuk ke Thailand kerana mereka tidak mempunyai wang tunai yang cukup.

Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia melawat Thailand tahun lepas, kebanyakannya menerusi sempadan darat. – BERNAMA

Tags: Wang Tunai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wang Tunai RM170 Juta, 16KG Jongkong Emas Ditemukan Dalam ‘Safe House’

Wang Tunai RM170 Juta, 16KG Jongkong Emas Ditemukan Dalam ‘Safe House’

03/03/2025
3

Putrajaya: Semua wang tunai dan barang rampasan termasuk jongkong emas ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu...

Bapa Maut, Anak Perempuan 8 Tahun Cedera Motosikal Rempuh Lori

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

21/03/2024
0

SUBANG JAYA: Pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd