• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan Disyor Dihentikan Selama 10 Tahun

oleh Ahmad Albab
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesyorkan agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun di setiap kerajaan negeri sebagai satu daripada usaha untuk membendung bencana banjir.

Shahidan, yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri harus bekerjasama untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai negara ‘bebas balak’, jika ingin melihat negara ini terselamat daripada bencana banjir.

“Saya cadangkan berhentilah melakukan pembalakan. Mereka (kerajaan negeri) kena berbincang dengan kerajaan pusat untuk cari sumber pendapatan lain (selain daripada balak),” katanya kepada pemberita selepas melawat enam keluarga yang terjejas akibat banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu Badak, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memandang serius isu pembalakan yang berlaku di sesetengah tempat seperti di Marang (Terengganu), Jerantut dan Cameron Highlands (Pahang) serta Gua Musang (Kelantan).

“Melihat contoh di Kelantan sahaja, banyak kawasan hutan yang cantik-cantik, tetapi sayang disebabkan ada tangan-tangan manusia, tempat ini rosak hingga tidak bernilai apa-apa lagi,” kata beliau.

Shahidan juga menempelak kerajaan negeri yang mendakwa kononnya banjir tidak berkait dengan pembalakan dan penerokaan tanah secara melampau kerana beliau sendiri mempunyai fakta mengenai perkara itu.

“Bukti itu lebih berbentuk bergambar, ia cukup jelas menggambarkan keadaan itu (pembalakan haram),” katanya.

Katanya, beliau akan cuba berjumpa Peguam Negara esok, bagi melihat jenis tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terbabit dengan pembalakan haram. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9_E_ii29HrE

Tags: PembalakanShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd