• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Geng Lembu Ditahan, Suzuki Swift Langgar Tiang

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Tiga penjenayah dipercayai anggota Geng Lembu ditahan selepas kereta Suzuki Swift yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang jambatan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan polis peronda lebuh raya di Kampung New Zealand di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, suspek pertama berusia 26 tahun berjaya diberkas manakala dua rakannya pada mulanya meloloskan diri selepas nekad terjun sungai berhampiran kampung berkenaan.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek dalam perjalanan ke Kuantan melalui Plaza Tol Maran, namun berpatah balik secara mengejut selepas menyedari anggota polis peronda dari Bukit Aman menjalankan operasi menahan pemandu yang memandu melebihi had laju di susur keluar plaza tol itu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, anggota polis yang curiga dengan tindakan suspek membuat hebahan sebelum operasi mengesan mereka dijalankan.

“Suspek dikesan melarikan diri menghala Kampung New Zealand sebelum anggota polis mengejar mereka sejauh lebih lima kilometer,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, anggota polis memberi arahan kepada suspek supaya berhenti, namun mereka enggan, sebaliknya memecut kenderaan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang jambatan di kampung berkenaan.

Katanya, dua daripada suspek meloloskan diri dengan terjun ke sungai manakala seorang lagi diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku baru melakukan jenayah curi lembu dan menjual kepada seseorang di Kuala Terengganu dengan harga RM1,000 hingga RM3,000 bagi setiap ternakan dicuri,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat diterima, polis menahan suspek kedua yang melarikan diri jam 1.30 tengah hari di kampung sama manakala suspek ketiga pula ditahan di Sri Jaya di sini, jam 4 petang hari sama.

“Polis turut merampas parang dan peralatan menghisap dadah bersama satu peket plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dalam but kenderaan itu.

“Siasatan turut mendapati ketiga-tiga suspek positif methamphetamine dan seorang daripada mereka dikehendaki Balai Polis Larkin, Johor untuk membantu siasatan satu kes dadah mengikut Seksyen 15(1), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, suspek turut mengaku terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes curi lembu di tanah rancangan Felda sekitar Jengka sebelum menjualnya di Kuala Terengganu. – myMetro Online

Tags: ditahanLembu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd